// Strawberry Cupcake


Hello World! Im Sunshine and im 100 years young from Saturn. Replace this nonsense intro (Y)


► My Biography
► My Stuff
► My Friends
► My Diary



Put your Cbox here. Make sure the correct measure of the width of your Cbox.


Template & Skin by : Husnaa.
Big help from : Wani | WHI | C4U | Una


Older Post
seorang jejaka bila bercinta…
Wednesday, March 14, 2012 | 2:35 AM | 0 Sweet Cupcake

Bila lelaki benar2 jatuh cinta dan setia pada kekasihnya degan ikhlas,perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba2 secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta degan relanya. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Untuk melihat lelaki menangis amatlah payah.
Diantara tanda2 lelaki yg jatuh cinta dgn hebat
ialah:


1. Dia bersungguh2 melakukan sesuatu untuk kekasihnya dgn rela bukan krn terpaksa.
2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.
3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.
4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap2.
5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya krn dia sentiasa berasa curiga.
7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.
8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian krn dia mahu kekasihnya
melayannya lebih dari org lain.
10. Dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
11. Dia pandai merajuk hati krn ingin dipujuk oleh kekasihnya.
12. Dia akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.
13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.
14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya krn dia merasa kasihnya lebih kuat
daripada kekasihnya.
16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannya.
17. Dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa menunggu
kekasihnya dgn sabar.
18. Dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.
19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dgn cinta
perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
20. Apabila timbul org ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut
kembali kekasihnya.
21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat
demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.
23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan.

ketahui pasangan anda melalui tarikh lahir .
| 2:26 AM | 0 Sweet Cupcake
Ketahui pasangan anda melalui TARIKH LAHIR ( BETUL ATAU KEBETULAN)
1. Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24
Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya. Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama.
2. Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30
Orangnya perasa dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul denganya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati olih orang yang benar-benar dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu- buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba.Oleh itu mesti ada yang mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.
3. Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29
Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk di mengertikan.
4. Tarikh Lahir pada 4, & 13
Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri.Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata keranjang dan suka bertukar-tukar partner. Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat dingin kepada orang lain kerana menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya masalah. Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan.
5. Tarikh Lahir pada 5 & 17
Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi.Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang menguntungkan.Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain.Dalam soal cinta, berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar pasangan.
6.Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27
Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani.Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya.Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.
7. Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31
Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur.Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.
8. Tarikh Lahir pada 8 & 23
Dia bersifat peramah dan mudah perasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman- teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian.Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat. Dalam urusan cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban.
9. Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21
Suka bekerja keras,memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya.Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung.Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan.Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat.
10. Tarikh Lahir pada 12 & 19
Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji.Dia berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya dia suka berdandan dan berpakaian rapi.Kerana itu dia sering membelanjakan wangnya untuk menunjukan penampilannya.Dalam kehidupan sehari-hari dia adalah pasangan yang disegani kerana bakat kepimpinannya.Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam pergaulan.Dalam urusan cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah untuk dipercayai.
11. Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26
Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini.Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan.
12. Tarikh Lahir pada 22 & 25
Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya.Namun buat teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan kelebihannya pada orang lain. Pasangan jenis ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah dia diberi jolokan seniman asmara.

10 petanda si dia jodoh ANDA :)
| 2:07 AM | 0 Sweet Cupcake
1. Gunakan seluruh pancaindera
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.
Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

2. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.
Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

3. Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.
Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

4. Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.
Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.
Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

5. Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.
Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.
Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

6. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.
Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.
Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

7. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.
Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.
Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.
Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

8. Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.
Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.
Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.
Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

9. Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.
Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.
Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.
Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

10. Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.
Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.
Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
Mimpi
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.
Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.
Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita?
“ Manusia merancang, Allah menentukan.”

vanilacoklat .
| 1:43 AM | 0 Sweet Cupcake
Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

?
| 1:15 AM | 0 Sweet Cupcake
ANDA TELAH BERJAYA DITAWARKAN KE TINGKATAN EMPAT(4) DI SEKOLAH BERASRAMA PENUH BAGI AMBILAN PERTAMA(1)

GOLDEN HOLIDAY !
| 12:31 AM | 0 Sweet Cupcake
teeett . lama tak online my diary ni . nak kata bz . tak jugak . act , internet ni ngengg sikit . tak dapat nak connect connect . :'( . tapi , hari ni . alhamdulillah . dapat jugak la nak mencoret sepatah dua kata dalam online diary wanie ni . hahaaha . rindu tahap gaban dahh . hekhek *gelakmacamkuda* . eh , minggu lepas . pihak rtm ada usha wanie . gila ! dia menjemput wanie untuk BRTM 12 ( BINTANG RTM 2012) . gila memang ! rasa semangat gila dapat tahu pasal tuu . masa dapat tahu tuu EXAM WEEK . memang semangat macam orang gila lah nak menjawab exam . ready punya la . struglle macam org gila . tak henti henti baca buku n memuka buku . sampai tak tidur dibuatnya . hahaa .bila tiba masa untuk xzam paper ADDMATH . OMAIGOD . glurpglurp .failed . haaa . AMEKMUNG ! HAHAHA . tapi takpe . harus di strggle balek . pen off lah sambung nnt . hehe .  :P

BINTANG RTM 2012 BERMULA :)
| 12:18 AM | 0 Sweet Cupcake
Bintang RTM kembali lagi! Jangan lupa menyertai uji bakat Bintang RTM 2012 di beberapa buah lokasi terpilih dan akan berlangsung mulai 10 Mac hingga 1 April ini. Bagi meneruskan tradisi gemilang , jenama Bintang RTM dikekalkan sebagai medan terbaik pencungkilan bakat baru dalam bidang seni suara tanah air.
Bersesuaian dengan penganjurannya, BRTM 2012 kini tampil membawa nafas baru dalam penganjurannya iaitu terbuka kepada masyarakat pelbagai kaum. Hal ini sekaligus membuktikan kesungguhan RTM untuk melahirkan penghibur yang versatil.
Penyertaan bagi BRTM 2012 terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur antara 15 hingga 25 tahun, berstatus bujang, amatur dan belum pernah merakam album atau menandatangani kontrak dengan mana-mana syarikat rakaman.
Konsep BRTM 2012 kali ini melibatkan peserta solo tempatan dan mengutamakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa perantaraan, terbuka kepada semua kaum dengan lagu ciptaan tempatan dalam Bahasa Malaysia atau lagu daripada apa-apa bahasa.


Berikut adalah lokasi ujibakat Bintang RTM 2012;
Minggu  1
Tarikh    : 10 & 11 Mac 2012
Lokasi   : 1) Jabatan Penyiaran RTM Kota Kinabalu , Sabah
2) Jabatan Penyiaran RTM Kuching Sarawak
3) Auditorium P.Ramlee , Angkasapuri Kuala Lumpur
Masa      : 9.00 pagi – 5.00 petang
Minggu  2
Tarikh     : 17 & 18 Mac 2012
Lokasi    : 1) Jabatan Penyiaran RTM, Kuantan Pahang
2) Jotel Lodge , Butterworth Pulau Pinang
Masa       : 9.00 pagi – 5.00 petang

Minggu 3
Tarikh      : 24 & 25 Mac 2012
Lokasi     : 1) Jabatan Penyiaran RTM Johor Bahru
2) Jabatan Penyiaran RTM, Kelantan
3) Dewan Sebaguna, Jabatan Kemajuan Orang Asli, Batu 12 Gombak.
Masa        : 9.00 pagi – 5.00 petang
Minggu 4
Tarikh       : 31 Mac & 1 April 2012
Lokasi      : Auditorium P.Ramlee, Angkasapuri Kuala Lumpur
Masa         : 9.00 pagi – 5.00 petang
Jangan lepaskan peluang uji bakat pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan. Sila bawa bersama salinan kad pengenalan, gambar berukuran poskad ( 4R ) dan sila bawa minus one sendiri.