// Strawberry Cupcake


Hello World! Im Sunshine and im 100 years young from Saturn. Replace this nonsense intro (Y)


► My Biography
► My Stuff
► My Friends
► My Diary



Put your Cbox here. Make sure the correct measure of the width of your Cbox.


Template & Skin by : Husnaa.
Big help from : Wani | WHI | C4U | Una


Older Post | Newer Post
BINTANG RTM 2012 BERMULA :)
Wednesday, March 14, 2012 | 12:18 AM | 0 Sweet Cupcake
Bintang RTM kembali lagi! Jangan lupa menyertai uji bakat Bintang RTM 2012 di beberapa buah lokasi terpilih dan akan berlangsung mulai 10 Mac hingga 1 April ini. Bagi meneruskan tradisi gemilang , jenama Bintang RTM dikekalkan sebagai medan terbaik pencungkilan bakat baru dalam bidang seni suara tanah air.
Bersesuaian dengan penganjurannya, BRTM 2012 kini tampil membawa nafas baru dalam penganjurannya iaitu terbuka kepada masyarakat pelbagai kaum. Hal ini sekaligus membuktikan kesungguhan RTM untuk melahirkan penghibur yang versatil.
Penyertaan bagi BRTM 2012 terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur antara 15 hingga 25 tahun, berstatus bujang, amatur dan belum pernah merakam album atau menandatangani kontrak dengan mana-mana syarikat rakaman.
Konsep BRTM 2012 kali ini melibatkan peserta solo tempatan dan mengutamakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa perantaraan, terbuka kepada semua kaum dengan lagu ciptaan tempatan dalam Bahasa Malaysia atau lagu daripada apa-apa bahasa.


Berikut adalah lokasi ujibakat Bintang RTM 2012;
Minggu  1
Tarikh    : 10 & 11 Mac 2012
Lokasi   : 1) Jabatan Penyiaran RTM Kota Kinabalu , Sabah
2) Jabatan Penyiaran RTM Kuching Sarawak
3) Auditorium P.Ramlee , Angkasapuri Kuala Lumpur
Masa      : 9.00 pagi – 5.00 petang
Minggu  2
Tarikh     : 17 & 18 Mac 2012
Lokasi    : 1) Jabatan Penyiaran RTM, Kuantan Pahang
2) Jotel Lodge , Butterworth Pulau Pinang
Masa       : 9.00 pagi – 5.00 petang

Minggu 3
Tarikh      : 24 & 25 Mac 2012
Lokasi     : 1) Jabatan Penyiaran RTM Johor Bahru
2) Jabatan Penyiaran RTM, Kelantan
3) Dewan Sebaguna, Jabatan Kemajuan Orang Asli, Batu 12 Gombak.
Masa        : 9.00 pagi – 5.00 petang
Minggu 4
Tarikh       : 31 Mac & 1 April 2012
Lokasi      : Auditorium P.Ramlee, Angkasapuri Kuala Lumpur
Masa         : 9.00 pagi – 5.00 petang
Jangan lepaskan peluang uji bakat pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan. Sila bawa bersama salinan kad pengenalan, gambar berukuran poskad ( 4R ) dan sila bawa minus one sendiri.